Wednesday, October 14, 2009

hari terakhirku di makmal


bersama teman-teman semasa menghadiri jamuan perkahwinan pengurus kami pn yogeshini.duduk dari kanan sharifah,zaleha,maisarah,aishah,sue

.
jamuan berbuka puasa staf makmal.

hari ni merupkan hari terakhir ku berada di makmal ini.24 okt aku akan berlepas ke united kingdom.Aku terpaksa mengemas semua barang-barangku,mengemaskinikan semua dokumen serta memulangkan semua barang yang diberikan sementara oleh makmal.

7bulan bukanlah masa yang lama untuk mengenali setiap rakan-rakan yang bersama denganku baik dirumah sewa ataupun di makmal sendiri.Daripada permulaan aishah berkahwin,bakal dituruti oleh shaifah dan staf yang mengandung serentak 3 orang sekali.Tetapi peristiwa yang mengagumkan aku daripada mula aku tiba di serdang ini adalah bersama-sama dengan maisarah.



maisarah yang memakai cermin mata.

maisarah telah mengajarku lebih daripada mengendalikan alat-alat makmal.Sahabat bernama maisarah ini telah menemaniku menggunakan perkhidmatan bas rapid dan metro...nampak remeh bukan?tetapi jika sekiranya anda pendatang baru ilmu ini sangat berguna...maisarah ini telah menemani ku menaiki train(KTM) dari serdang ke seremban dan menunjukki ku bagaimana perjalanan dari stesen komuter ini untuk ke bus station sewaktu first time untukku pulang ke kampung.Maisarah juga menemani ku di didalam UPM ini sendiri untuk menyelesaikan banyak perkara...

maka benarlah bahawa kita akan mengenali sahabat kita dengan lebih dalam apabila kita bermusafir bersama.Apa yang aku lalui pada mula aku tiba di serdang ini amat memberi pengajaran kepada ku how u shout threat a new members, moga-moga allah mempermudahkan jalan sahabat-sahabt ku ke syurga kerna mempermudahkan urusanku ku didunia ini.

Memandangkan hari ini hari terakhirku...kepada sahabt-sahabt aku tidak meminta hadiah daripada kalian,kerana persahabatan ini merupakan hadiah yang tidak ternilai,cuma satu yang ku pinta peliharalah aib diriku setelah aku tiada di sini,berceritalah perkara-perkara yang baik-baik...




another heart call your name,but in silence,i still beg you to stay,and i scream inside,please dont forget me...

thanks for being such a good friends for me..semoga allah merahmati kalian.. 



Tuesday, October 13, 2009

ke mana hala tuju blog ini?


saya tidak kisah sekiranya tiada sesiapa yang membuka blog ini.saya tidak kisah sekiranya blog ini bukanlah blog yang terhangat....

saya menulis apa yang berlaku pada diri saya,apa yang saya buat didalam blog ini umpama sebuah diari peristiwa.Apabila aku ada anak...anak-anak ku akan membaca kisah ibu nya...aku ingin bercerita pada mereka apa yang ibunya pernah lalui...

tanggal 31 march 2007..ibuku meninggalkan ku buat selama-lamanya...saat itu aku merasakan kehilangan..aku merasa sunyi seolah-olah tiada cinta pada diriku.2 tahun sudah kini...aku rindu pada dirinya...apa yang aku ada hanya gambar yang tidak berupaya berinteraksi..dan saat itu aku merasakan seandainya aku dapat putarkan masa aku ingin mendengar ibuku bercerita..aku ingin mengenali dengan sebenar-benarnya ibu ku...

al fatihah buat ibuku...
bonda noriah binti hj yaakob..

aku ingin anak-anak ku kenal pada ku..tahu siapa ibunya..